“Kalau Kau Tak Bagi, Aku R*gol Kau!” – Karya Novel Didakwa Bawa Unsur S*ks Melampau, Netizen Gesa Boikot

Kehidupan

“Kalau Kau Tak Bagi, Aku R*gol Kau!” – Karya Novel Didakwa Bawa Unsur S*ks Melampau, Netizen Gesa Boikot

Tular di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai pendedahan seorang individu mengenai sebuah karya novel yang didakwa membawa unsur seks melampau dan ‘Child Grooming’.

Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa novel berjudul Darlingku Mr. Cold Mafia itu ditulis oleh seorang pelajar berumur 23 tahun yang menuntut di sebuah universiti tempatan.

Advertisement

Individu itu juga menyenaraikan beberapa sedutan tulisan novel itu yang terang-terang menulis mengenai perihal perbuatan rogol dan aksi melampau antara lelaki dan perempuan.

Malah, ia juga turut menjadi tular di Facebook setelah isu didedahkan oleh  seorang wanita yang juga bekas editor satu penerbitan buku.

Dia dilihat menyelar tindakan menerbitkan novel itu kerana ia telah diletakkan di rak perpustakaan sekolah selain di gedung-gedung buku terkenal negara.

Gara-gara tular di media sosial, penerbit novel berkenaan, KakiNovel dilihat telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

Mereka dilihat menafikan elemen ‘child grooming’ di dalam karya tersebut seperti yang didakwa netizen dan mengatakan ayat-ayat tersebut adalah babak ‘flashback’ hero dan heroin ketika kecil.

Sekadar info, novel Darling Mr. Cold Mafia telah dipasarkan sejak pertengahan tahun lalu dan kini netizen menggesa agar pihak yang terlibat dalam penerbitan karya tersebut agar dikenakan tindakan sewajarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Chicken Chop
1 year ago

Tak Pernah Ditemui Di 'Overseas', Ramai Tak Sangka Hidangan Chicken Chop Rupa-Rupanya Asal Negara...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...