Persembahan Tiada Harmoni Dan Kurang Memuaskan, Nico G Tersingkir GV8

Hiburan

Persembahan Tiada Harmoni Dan Kurang Memuaskan, Nico G Tersingkir GV8

Penyanyi berkumpulan, Nico G menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam program nyanyian Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Nico G yang mempersembahkan lagu Manis nyanyian asal Datuk Zainal Abidin semasa konsert minggu ketiga menerima markah terendah iaitu sebanyak 50.10 peratus.

Advertisement

Menurut juri tetap, Hetty Koes Endang Endang, nyanyian Nico tiada Harmoni dan kurang memuaskan pada minggu ini.

Ini minggu ketiga jadi malam ini harus maksima, lagu sudah diberitahu seminggu jadi kena cari kelebihan dan kekurangan dan perlu kerjasama.

Tambahnya lagi, fokus pada tempoh dan harmoni kumpulan Nico G agak kurang. Mereka bergantung dari berjuta yang mahu masuk pertandingan itu hanya mereka yang ada kesempatan.

Nico G dianggotai oleh Nico (Abdul Fashah Abdul Aziz), Affa (Muzaffar Shah Baharin) dan Dino (Shah Rosli).

Selain Hetty, dua lagi juri tetap iaitu pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS serta Datuk Syafinaz dan juri jemputan minggu ini, Datuk AC Mizal.

Fazley Yaakob
2 years ago

Diharap Tersingkir Awal Dalam Program GV8, Fazley Yaakob Terima Komen Pedas Peminat Dengan Hati Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...