Diharap Tersingkir Awal Dalam Program GV8, Fazley Yaakob Terima Komen Pedas Peminat Dengan Hati Terbuka

Hiburan

Diharap Tersingkir Awal Dalam Program GV8,  Fazley Yaakob Terima Komen Pedas Peminat Dengan Hati Terbuka

Penyanyi dan juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkata bahawa dia terbuka untuk menerima sebarang komen daripada netizen berikutan persembahannya yang kurang memuaskan dalam program Gegar Vaganza musim ke-8 yang berlangsung ketika ini.

Setelah dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga tercorot, Fazley mendedahkan bahawa ada di antara mereka di luar sana yang mendoakan dirinya tersingkir daripada program nyanyian tersebut.

Advertisement

Di sebalik kritikan tersebut, dia walau bagaimanapun gembira dan menganggap dirinya masih mendapat perhatian peminat.

Bila di pentas GV kita milik mutlak penonton, hak mereka untuk menilai. Jadi bila ada orang minta kita terkeluar, maknanya orang ambil peduli untuk apa yang kita buat.

Pada minggu kedua konsert GV8, Fazley telah menyampaikan lagu berjudul Laguku Untukmu nyanyian asal Hasnol dan telah memperoleh mata kedua terbawah sebanyak 56 peratus pada malam itu.

Jelas pemilik Suka Sucre Bistro ini lagi, dia mengakui nyanyiannya kurang menyengat kerana sudah hampir 10 tahun tidak beraksi di pentas mega.

Tambah Fazley, dia tetap berasa gembira sekiranya tersingkir di konsert seterusnya.

“Saya dah jelaskan 10 tahun tak menyanyi, dah bertahun-tahun tak nak masuk GV, tapi kali ini saya masuk untuk anak perempuan saya. Kalau saya tersingkir pun, saya tetap akan berasa happy sebab saya dah buat apa yang saya nak buat.” ujarnya mengakhiri bicara.

Fazley Yaakob
2 years ago

"Sambung Jadi Cef Sajalah.." Dikritik Sumbang, Fazley Yaakob Terima Kritikan Gara-Gara Persembahan Di GV8

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...