Perselisihan Antara Ahli Sindiket Dadah Punca Ejen Kosmetik Diculik, Suami Terlibat & Sudah Ditahan

Trending

Perselisihan Antara Ahli Sindiket Dadah Punca Ejen Kosmetik Diculik, Suami Terlibat & Sudah Ditahan

Tular berita tentang seorang wanita yang merupakan ejen jualan kosmetik dibawa lari oleh sekumpulan lelaki dari rumahnya di Tumpat, Kelantan.

Menerusi rakaman CCTV kediaman mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang tular di media sosial, dia telah diheret keluar oleh salah seorang suspek selepas membuka pintu rumah.

Advertisement

2 bulan lalu

(VIDEO) "Bapa Nak Selamatkan Tapi Diacu Pisau Rambo" - Ejen Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Dari Rumah

Bapa mangsa sempat keluar dan cuba menyelamatkannya namun suspek menghulurkan pisau rambo membuatkan lelaki itu berundur.

Sementara itu, menurut keluarga mangsa mereka tidak menerima sebarang panggilan meminta wang tebusan dan sehingga kini mangsa belum ditemui.

Terbaru, polis melaporkan bahawa perselisihan antara ahli sindiket dipercayai menjadi punca utama Rosnazirah dilarikan petang kelmarin.

Lebih mengejutkan, Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata siasatan awal pihaknya mendapati suami Rosnazirah Mohd Naim terbabit dalam aktiviti sindiket dadah.

Susulan itu, suaminya dan dua individu lain termasuk wanita telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.”

Katanya lagi, polis percaya bahawa mangsa tahu tentang aktiviti yang dilakukan oleh suaminya serta turut mengenali suspek yang membawanya lari kelmarin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 18, 2022 at 7:21 am

    guane bini kaye doh jual kosmetik, bakpo nk jual dadah lg nyo?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...