(VIDEO) “Bapa Nak Selamatkan Tapi Diacu Pisau Rambo” – Ejen Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Dari Rumah

Trending

(VIDEO) “Bapa Nak Selamatkan Tapi Diacu Pisau Rambo” – Ejen Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Dari Rumah

Seorang ejen jualan kosmetik dilaporkan telah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki bersenjata dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan.

Kejadian itu berlaku semalam kira-kira jam 4.10 petang di mana mangsa, Rosnazirah Mohd Naim berusia 36 tahun telah dibawa lari menaiki sebuah Toyota Vios.

Advertisement

Rakaman CCTV rumah mangsa tular di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki tersebut memberhentikan kereta di hadapan kediamannya.

 

Ketuk pintu, bagi salam

Warisnya yang enggan dikenali berkata, dua daripada suspek kemudian mengetuk pintu rumah dan memberi salam. Mangsa yang membuka pintu terus ditarik masuk ke dalam kereta sebelum mereka melarikan diri.

Lelaki itu bertanya adakah mangsa bernama Azi dan dia mengiyakannya sebelum terus mengheretnya keluar untuk dimasukkan dalam kereta.

Katanya, tiga lelaki itu turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa serta mengugut akan mengapa-apakan mereka jika melakukan apa-apa tindakan.

Menerusi video itu juga, bapa mangsa yang melihat anaknya diheret cuba menyelamatkan namun salah seorang suspek mengacukan sebilah pisau rambo membuatkannya berundur.

 

Dibawa lari ke negara jiran?

Keluarga dilaporkan telah mendapat maklumat bahawa Azi telah dibawa ke kawasan sempadan negara, Pengkalan Kubor namun selepas suaminya bergegas ke lokasi, mangsa tidak ditemui.

Suami mangsa juga turut menjejakinya hingga ke negara jiran dan masih belum pulang sehingga ke hari ini.”

Menurut keluarga juga, Azi tidak mempunyai musuh malah sehingga hari ini mereka tidak menerima panggilan yang meminta wang tebusan.

Namun, mereka tidak pasti jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang mangsa menjalankan perniagaan kosmetik.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, siasatan lanjut sedang dibuat dan turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Mungkin Nak Jual Pada Sindiket" - Ibu Terkejut Dapat 'Call' Bagitahu Anak Diculik Cucu Pengasuh Umur 14 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...