“Persahabatan Selama 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup” – Nina Ismail Bakal Berkahwin Dengan Rakan Baik

Hiburan

“Persahabatan Selama 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup” – Nina Ismail Bakal Berkahwin Dengan Rakan Baik

Baru-baru ini, lelaki bernama Hafiz Osman ada memuat naik satu video memaparkan dirinya melamar anak perempuan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri iaitu Nina Ismail Sabri.

Dapat dilihat dalam video tersebut, Hafiz telah melamar Nina di sebuah galeri dan kelihatan mereka jalan bersama-sama sambil melihat pameran di galeri terbabit.

Advertisement

Kata lelaki itu, dia sudah merancang lawatan peribadi ke galeri tersebut hanya untuk Nina.

Tanpa dia sedari, saya telah mengatur lawatan peribadi hanya untuknya. dengan cincin yang disembunyikan di tempat yang jelas sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut.

Ketika mereka berjalan melihat pameran itu, setiba di satu ruangan, Nina kelihatan terkejut apabila tempat itu dipenuhi dengan bunga dan terdapat sebentuk cincin yang digantung pada bingkai di dinding.

Dari persahabatan selama 13 tahun kepada cinta seumur hidup. Di tempat yang paling tidak dijangka, dikelilingi oleh seni, karya agung kami bermula.

Sekadar info, sebelum ini Nina pernah mendirikan rumah tangga degan seorang pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Jovian Mandagie, tetapi disahkan bercerai pada Ogos tahun lalu.

nina ismail sabri
5 months ago

"Talk About Our Future.." - Muat Naik Foto Dengan Lelaki, Nina Ismail Sabri Bagi 'Hint' Bakal Kembali Bergelar Isteri?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...