“Talk About Our Future..” – Muat Naik Foto Dengan Lelaki, Nina Ismail Sabri Bagi ‘Hint’ Bakal Kembali Bergelar Isteri?

Hiburan

“Talk About Our Future..” – Muat Naik Foto Dengan Lelaki, Nina Ismail Sabri Bagi ‘Hint’ Bakal Kembali Bergelar Isteri?

Baru-baru ini, bekas isteri pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri ada memuat naik foto bersama seorang lelaki di Instagramnya.

Foto tersebut telah meraih perhatian susulan kapsyen yang ditulis seakan-akan memberi ‘hint’ bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

Advertisement

Dapat dilihat dalam foto tersebut, Nina atau nama sebenarnya, Nina Sabrina Ismail Sabri memakai baju warna sedondon dengan jejaka terbabit.

Biarpun tidak membuat sebarang pengumuman, rata-rata rakan Nina yang dikenali seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nedim, Nadia Nasimuddin dan ramai lagi meninggalkan komen ucapan tahniah buat wanita tersebut.

komen

Bagaimanapun, tuan empunya badan masih belum mengesahkan spekulasi diri bakal berkahwin tidak lama lagi bersama lelaki pilihannya.

Jovian Nina bercerai
2023-12-06 12:14:28

Dah Bercerai Pun Boleh Kongsi Syampu Dan Akaun Netflix, Hubungan Baik Jovian Mandagie Dan Bekas Isteri Raih Pujian Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram