Peroleh Tempat Ke-92 Dalam Pizza World Championship, Zaini Ahmad Hargai Sokongan Peminat – “Jangan Panggil Saya Cef, Gelaran Itu Berat”

Viral

Peroleh Tempat Ke-92 Dalam Pizza World Championship, Zaini Ahmad Hargai Sokongan Peminat – “Jangan Panggil Saya Cef, Gelaran Itu Berat”

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026 yang berlangsung di Parma, Itali.

Menerusi perkongsian di Threads, Zaini menjelaskan bahawa penyertaannya dalam pertandingan tersebut bukan semata-mata untuk mengejar kemenangan, sebaliknya sebagai peluang menimba ilmu dan pengalaman di pentas antarabangsa.

Advertisement

pizza

“Untuk kategori Napolitana STG Pizza, saya berada di kedudukan 92 daripada 112 peserta (senarai belum rasmi).”

“Untuk kategori The Fastest, saya berada di kedudukan 17 daripada 29 peserta, dengan masa 01:27:02 saat untuk membuka lima doh pizza paling laju.”

“Secara keseluruhan, pertandingan ini melibatkan 770 peserta dari 50 negara. Ini adalah permulaan, bukannya kejayaan.”

Dalam pada itu, Zaini turut merendah diri apabila menyatakan bahawa gelaran ‘cef’ yang sering diberikan kepadanya dirasakan belum layak untuk disandang.

 

“Untuk pengetahuan semua, sama ada yang dah kenal atau yang baru kenal, saya bukan Cef Zaini.”

“Saya hanyalah seorang pizza chef, sama seperti pizza chef lain di Malaysia. Bagi saya, gelaran “chef” itu sangat berat, dan saya rasa saya belum layak untuk memegang gelaran tersebut.”

Sebelum ini, Zaini menjadi perhatian ramai selepas berkongsi penyertaannya dalam pertandingan berprestij itu yang berlangsung pada 14 hingga 16 April 2026 di Parma, Itali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-17 11:08:30

"38 Helai Seluar Dalam Suami Saya Telah Digunting Lelaki Berkopiah" - Isteri Alami Tekanan Diganggu Individu Misteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...