Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Perodua Alza Dilancarkan, Mampukah Menandingi Proton Exora?

perodua alza

Akhirnya Perodua telah pun melancarkan MPV Perodua Alza semalam. Dari kejauhan gambar Perodua Alza di atas nampak sangat-sangat menarik dan berbaloi jika dibeli. Harga pun murah jer. Dari Rm56,000 sampai RM70,000 bergantung kepada model.

Advertisement

Meh kami recallkan balik gambar-gambar Perodua MPV Alza yang pernah kami kongsikan bersama di BeautifulNara.

Setakat jam 2 petang semalam, dah 3,500 tempahan dibuat untuk Alza nie. Untuk makluman anda, ada 3 model iaitu standard, premium dan tercanggih. Tercanggih tue kami tak tahu la model yang macam mana. Mungkin dia boleh bergerak sendiri macam kereta Night Rider kot.

Macam biasa la ada gear manual dan gear automatik. Ada 6 warna. Warna kat gambar atas pun nampak macam menarik jer. Tahniah kami ucapkan kepada Perodua kerana berjaya mengeluarkan MPV untuk bersaing dengan Proton Exora. Saingan macam nielah yang kita mahu. Barulah boleh maju industri automatif Malaysia.

Meh kongsi pendapat korang pasal Perodua Alza nie. Kot-kot ada yang dah tempat ke. Mana tau salah seorang pembaca BeautifulNara dah pergi test drive Alza nie. Leh kongsi-kongsi pengalaman.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top