Perniagaan Semakin Maju, Nadiyah Shahab Dan Ben Ali Diasak Soal Rezeki Anak

Hiburan

Perniagaan Semakin Maju, Nadiyah Shahab Dan Ben Ali Diasak Soal Rezeki Anak

Setelah bertahun-tahun berusaha keras bagi membangunkan jenama sendiri iaitu Absolut Chocolat, pelakon Nadiyah Shahab dan suami Ben Ali mengakui mereka berdua sering diajukan soal rezeki cahaya mata.

Ben Ali Nadiyah Shahab
3 years ago

Jenama Sendiri Dah Masuk Mall, Ben Ali Dan Nadiya Shahab Kembangkan Empayar Perniagaan

Advertisement

Meskipun sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan ini masih belum dikurniakan anak namun begitu aktif dalam dunia bisnes yang diusahakan mereka.

Ujar Nadiyah, dia dan suami tidak pernah putus harapan untuk mendapatkan zuriat bagi melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga yang dibina sejak 2018 itu.

Jujur, saya dan Ben memang nak anak. Kalau boleh sekarang pun nak jadikan perkara itu kenyataan. Tapi kita hanya merancang dan berusaha, yang selebihnya kuasa Tuhan.

Kata aktres drama Korban Kasih itu lagi, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dirinya enggan hamil kerana ingin fokus kepada bisnes.

“Tak ada istilah saya tak nak hamil. Semestinya kahwin itu sebagai syarat untuk kita terus menambah zuriat dan keturunan.” jelas Nadiyah.

Dia juga percaya bahawa waktu ini adalah saat yang sesuai untuk bergelar ibu setelah beberapa tahun menumpukan perhatian dalam membina empayar jenama Absolut Chocolat.

Perkembangan terkini, Nadiyah dan Ben dilaporkan telah memiliki kios fizikal pertama jenamanya di pasar raya mega dan bakal membuka lebih banyak cawangan menjelang April tahun hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...