Pernah Susah, Dazrin Kamarudin Bangkit Tanpa Dendam, Kini Fokus Perniagaan Karpet Al Aqsa

Hiburan

Pernah Susah, Dazrin Kamarudin Bangkit Tanpa Dendam, Kini Fokus Perniagaan Karpet Al Aqsa

Juga seperti orang biasa, pelakon Dazrin Kamarudin juga mengakui bahawa hidupnya pernah berada di titik terendah dimana dia juga pernah melalui fasa kesempitan hidup sehingga simpanan kewangannya habis, dia sendiri menyatakan ini satu pengalaman yang boleh disifatkannya sebagai detik paling mencabar dalam hidup.

Dazrin Kamarudin

Dazrin Kamarudin berucap di Majlis Pelancaran Gedung Karpet Al-Aqsa

Menurut Dazrin, dunia seni banyak membuka matanya tentang realiti sebenar kehidupan. Dikala nama sedang berada di puncak, ramai yang claim hadir dan ingin mendekat. Namun apabila karier mula jatuh, dia terpaksa menelan pahitnya sendirian termasuklah tekanan emosi dan ada pihak yang menabur janji-janji manis seperti tawaran lakonan yang tidak pernah menjadi kenyataan.

Advertisement
Dazrin Kamarudin

Antara rakan selebriti yang hadir ke Majlis Pelancaran Gedung Karpet Al-Aqsa

Walaubagaimanapun, Dazrin memilih untuk bangkit tanpa menyimpan rasa dendam. Katanya, apabila keadaan kembali pulih, ada juga yang muncul semula, namun dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang atau membalas apa yang pernah dilalui. Bagi dirinya, berdamai dengan takdir adalah jalan paling tenang.

“Apabila saya bangkit semula, ada yang datang kembali. Saya tidak berdendam, tidak juga berniat membalas dengan perkara buruk. Saya sudah berdamai dengan nasib…” – Dazrin Kamarudin

Kini, Dazrin melangkah ke fasa baharu apabila aktif mengusahakan perniagaan gedung karpet Al Aqsa, yang disifatkannya sebagai simbol kebangkitan selepas kejatuhan. Pengalaman hidup susah itu turut menjadikannya lebih peka terhadap kesusahan orang lain.

Malah, prinsip empati dan memberi menjadi pegangan utama dalam perniagaannya, dengan mengekalkan harga mampu milik walaupun produk yang ditawarkan berkualiti tinggi dan diimport.

Bagi Dazrin, perjalanan hidup penuh ujian itu bukan sekadar kisah jatuh bangun, sebaliknya satu proses yang membentuk dirinya hari ini yang lebih matang, lebih bersyukur dan lebih memahami makna sebenar kehidupan.

Jadi kita doakan semogaDazrin Kamarudin selalu dimewahkan rezekinya.

Dazrin
2021-12-21 14:15:36

"Air Dah Sampai Ke Paras Leher, Rumah Pun Hanya Nampak Bumbung" - Dazrin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xTRA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...