“Air Dah Sampai Ke Paras Leher, Rumah Pun Hanya Nampak Bumbung” – Dazrin

Hiburan

“Air Dah Sampai Ke Paras Leher, Rumah Pun Hanya Nampak Bumbung” – Dazrin

Pelakon, Dazrin Kamarudin berdepan bencana banjir termasuk terkandas empat jam di jambatan berhampiran Taman Sri Muda, Shah Alam bersama isteri dan anak.

Menurut Dazrin, 33, dia dan keluarganya sebelum itu terpaksa bermalam di kilang permaidani yang diusahakan di Shah Alam berikutan laluan keluar dinaiki air.

Advertisement

Pelakon filem Seru itu turut berkongsi dia melihat sendiri bagaimana mangsa banjir diselamatkan dengan kediaman penduduk tenggelam hingga paras bumbung.

Bila sampai di kilang, kami gulung semua karpet dan letakkan di tempat tinggi. Risau takut banjir.

Namun, Dazrin menceritakan dia tidak dapat mencari jalan keluar kerana banyak laluan ditutup. Disebabkan itu, dia berpatah balik ke kilang dan membuat keputusan untuk bermalam di sana.

Kami terkandas lebih empat jam di jalan raya. Akhirnya, saya putuskan untuk berhentikan kenderaan di sebuah jambatan berhampiran Taman Sri Muda.

Dalam pada itu, Dazrin turut mengaku sangat tertekan apatah lagi memikirkan keluarga dalam bahaya.

Kalau saya sendirian tidak mengapa… Tetapi isteri dan anak ada bersama.  Sepatutnya, saya tunggu air surut.

Advertisement

Bagaimanapun, dia bersyukur isteri dan anaknya selamat serta tiada kejadian tidak diingini berlaku selepas mendapat bantuan rakan-rakan untuk mencari jalan pulang.

Baca: “Saya Kini Dah Berubah 360 Darjah..” Dazrin Akui Isteri Banyak Ubah Diri Dan Penampilan, Kini Lebih Kemas Dan ‘Profesional’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...