Pernah Sangsi Dengan Vaksin COVID-19, Lufya Omar Dah Lama Lengkap 2 Dos

Hiburan

Pernah Sangsi Dengan Vaksin COVID-19, Lufya Omar Dah Lama Lengkap 2 Dos

Pelakon Lufya Omar mengakui pernah wujud perasaan sangsi dalam dirinya mengenai vaksin COVID-19 ketika ia mula-mula diperkenalkan kepada masyarakat.

lufya omar
3 years ago

Penat Dituduh Anti-Vaksin, Lufya Omar Kongsi Sudah Selesai Temu Janji Dos Pertama

Advertisement

Kata Lufya, pandangannya mengenai vaksin mula berubah apabila dia banyak membuat kajian dan membaca serta mempunyai perasaan tidak mementingkan diri semata-mata.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Malah, dia juga memaklumkan bahawa sudah pun lengkap dua dos vaksin pada bulan lepas.

“Selesai dos kedua, dah lama sebenarnya. Bulan lepas lagi, rezeki saya bukan sebab ‘kayangan’. Jujurnya pada awal-awal vaksin ini keluar saya ada ragu-ragu (siapa tak sangsi benda baru kan?) tapi bila kita buka minda, kaji baik buruk kita harus buat sesuatu bukan untuk kepentingan dan ikut perasaan kita sahaja. Kita kena fikir orang lain juga.”

Ujar pelakon drama Ramadan Jangan Pergi ini turut memberi pesanan kepada mereka di luar sana agar mengambil vitamin daripada sayur dan buah serta minum air masak dengan banyak sebelum keluar mengambil vaksin.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

“Pergi la vaksin yang belum daftar tolonglah daftar. Kedegilan dan sifat pentingkan diri kita buat orang lain marah dan sengsara. Hentikanlah buat sesuatu untuk kepentingan kita bersama..” pesan Lufya di sebuah hantaran di Instagram peribadi miliknya, baru-baru ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...