Pernah Kena COVID-19? Ini Langkah Mudah Nak ‘Claim’ Dari PERKESO

Kehidupan

Pernah Kena COVID-19? Ini Langkah Mudah Nak ‘Claim’ Dari PERKESO

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang semakin tinggi dari hari ke hari, pastinya ada orang sekeliling kita yang pernah dijangkiti wabak merbahaya ini.

Mungkin ada yang belum tahu, anda yang pernah dijangkiti COVID-19 sebenarnya boleh ‘claim’ PERKESO dan tuntutan itu sebenarnya ‘valid’ ya!

Advertisement

Menerusi satu untaian Tweet di media sosial Twitter, individu ini ada berkongsikan langkah-langkah dan cara yang betul untuk membuat ‘claim’ tersebut setelah dijangkiti virus itu.

Katanya lagi, dia mengambil masa seminggu untuk mendapatkan tuntutan tersebut dan amaun yang diperolehinya tidak sama dengan orang lain kerana ia bergantung kepada gaji dan juga tempoh kuarantin masing-masing.

Dan perlu diingatkan, tuntutan tersebut hanya boleh dibuat jika jangkitan wabak COVID-19 itu berlaku di tempat kerja anda sahaja dan juga pencarum PERKESO yang berusia 60 tahun ke atas layak mendapat sebarang tuntutan walaupun bukan di tempat kerja.

Langkah-langkah untuk memohon ‘claim’ PERKESO jika dijangkiti COVID-19 di tempat kerja adalah seperti berikut.

1.Klik pada pautan https://faedah.perkeso.gov.my/

2.Log masuk

3. Isi Borang 34 (sediakan dokumen di bawah)

– Sijil cuti sakit yang asal

– Salinan rekod kedatangan / kad perakam waktu bulan kemalangan yang        disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan    rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)

– Laporan pengesahan positif COVID-19

– Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan

– Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan

– MC atau surat kuarantin dari KKM

Semoga memberi manfaat!

KWSP
3 years ago

“Fakta Mana Pakai Ni?” - Individu Ini Dakwa Rekod Kewangan ‘Tak Cantik’ Kalau Ambil KWSP Tanpa Sebab Kukuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : PERKESO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...