“Fakta Mana Pakai Ni?” – Individu Ini Dakwa Rekod Kewangan ‘Tak Cantik’ Kalau Ambil KWSP Tanpa Sebab Kukuh

Kehidupan

“Fakta Mana Pakai Ni?” – Individu Ini Dakwa Rekod Kewangan ‘Tak Cantik’ Kalau Ambil KWSP Tanpa Sebab Kukuh

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan mengenai kebenaran yang diberikan kepada rakyat untuk mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri menerusi ‘pengeluaran khas’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak minimum RM50 sehingga maksimum RM10,000.

Berikutan pengumuman itu, rata-ratanya telah menarik nafas lega kerana pengeluaran itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan setelah negara dilanda tragedi banjir dan juga pandemik COVID-19 yang tidak berkesudahan sehingga kini.

Advertisement

Namun, timbul pula cakap-cakap yang mendakwa mereka yang mengeluarkan wang KWSP ini akan merekodkan status kewangan yang tak ‘stabil’ dan ‘tak cantik’ kelak. Adakah benar?

Perkara tersebut ternyata telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen setelah ia dimuatnaik  seorang individu baru- baru ini di laman media sosial Twitter.

TweetSumber : Twitter  

Namun, tweet tersebut telah dipadam kerana telah menimbulkan kekecohan yang agak luar biasa malah individu itu mendakwa ianya hanya tertakluk kepada bank RHB sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil membidas kenyataan individu tersebut malah ada juga yang menghubungi pihak bank RHB sendiri  bagi memohon penjelasan mengenai dakwaan rekod yang tidak baik jika mengeluarkan wang simpanan KWSP masing-masing.

Jelas bank RHB Banking Group menerusi tweet mereka, pengeluaran KWSP termasuklah pengeluaran khas tidak menjejaskan penilaian permohonan pembiayaan seseorang individu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membenarkan pengeluaran khas KWSP namun merayu kepada pencarum agar mengekalkan simpanan mereka kecuali mereka yang benar-benar terdesak.

Tengku Zafrul nafi letak jawatan
2 years ago

Tak Hadir Di Parlimen, Tengku Zafrul Nafi Sudah Letak Jawatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...