Pelakon Balkisyh Semundur Khan yang sinonim lakonannya dalam drama Mok Cun pastinya sudah dikenali dalam kalangan peminat drama tempatan.
Meskipun namanya tidak se’gah’ pelakon wanita yang lain, Balkiysh bersyukur namanya masih relevan walaupun dia pernah terdetik untuk berundur dan menghilangkan diri daripada dunia seni lakonan.
View this post on Instagram
Ujar Balkiysh, dia pernah membuka gerai nasi ayam kerana tidak mendapat peluang lakonan selama hampir tiga tahun sekitar tahun 2017 yang lalu.
Namun, kemarau ketiadaan kerja itu kembali terubat apabila pengarah Erma Fatima sekali lagi melamarnya untuk berlakon dalam drama terbaru berjudul Lockdown.
Saya sangat gembira. Ini merupakan drama pertama saya selepas sekian lama tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon. Saya gembira dapat jumpa semula rakan-rakan lama yang memang saya rindui. Saya sendiri berasa teruja dapat kembali berlakon kerana bukan senang untuk saya dapat peluang ini.
Dia dalam pada itu ada mendedahkan mengenai kesusahan yang dialami sepanjang PKP sehinggakan pihak produksi seolah enggan mengambilnya untuk berlakon.
Enggan menceritakan lebih lanjut tentang apa yang sebenarnya terjadi, Balkiysh juga memberitahu pernah menjual air balang di kaki lima di Singapura demi menyara anak.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, pandemik yang melanda seluruh dunia semenjak hampir 2 tahun lepas mengajarnya banyak erti hidup dan turut membawa dirinya ke pangkal jalan.
“Pandemik COVID-19 ini mendidik saya untuk tidak terlalu fikir ikut perasaan. Jangan fikir tentang diri sendiri sahaja…” akhirinya yang ditemui ketika sidang media dalam talian untuk promosi drama Lockdown, baru-baru ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.