Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Cadang Guna Kain Lampin Atau Napkin, Nampak Kotor Tapi Boleh Jimat’ – Balkiysh

Balkisyh

Sedia maklum, ramai yang terjejas sepanjang tempoh lockdown dilaksanakan dan menurut pelakon Balkiysh, atas sebab itu, ramai yang datang kepadanya untuk meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak mereka ketika ini.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Balkiysh atau nama sebenarnya Balkiysh Semundur Khan berkata dia dan pertubuhan badan kerajaan (NGO) tidak mampu untuk membekalkan lampin itu secukupnya kerana terlalu banyak permintaan dari yang memerlukan bantuan.

Bantuan pampers ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yg memerlukannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss)

Atas sebab itu, pelakon drama Mak Cun itu turut memberi cadangan agar mereka yang memerlukan untuk belajar cara lama iaitu dengan menggunakan kain lampin atau napkin yang dibasuh dan pakai semula setelah dibersihkan.

Saya cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu iaitu menggunakan lampin atau napkin. Mmg zaman skarang ianya dianggap remeh & kotor tapi masa kecik sy pon guna napkin nie..

BalkisyhSumber : Instagram Balkisyh  

 

Katanya lagi, memang perkara tersebut dianggap sedikit remeh dan kotor namun dengan menggunakannya, ia dapat membantu untuk lebih berjimat bagi yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 7, 2021 at 2:12 pm

    Cara bjimat lampin zaman penghujung 90an, lampin pakai buang tu dicuci balik dan buangkan lapisan kapas.ambil yg bahagian kalis air tu je. Lpas tu jemur. Bila nak pakai, lapikkann dgn kain lampin biasa. X ada lah terus bocor najis atau air kencing.

    • Anonymous

      July 7, 2021 at 3:25 pm

      Menarik cadangan tu. Blh dibawa ke tengah

    • Anonymous

      July 8, 2021 at 10:40 am

      betul tu. sy slalu tgk makcik2 sy buat dulu.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top