Sekali lagi mencuri perhatian, penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin kelmarin telah tampil meluahkan rasa berang apabila seorang individu telah memintanya untuk membayar kos lesen kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan dianggap culas melangsaikan hutang saman.
Tambah individu itu lagi, Mila sepatutnya menjelas tuntutan wajib supaya lebih mudah urusan di kemudian hari.
Perkara tersebut telah membuatkan penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini sedikit marah dan terpanggil untuk bersuara bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
Dalam tempoh setahun berapa kali saya perlu bayar kos lesen? Awak bekerja di PBT sepatutnya bertanya khabar usahawan yang sudah lebih setahun tidak berniaga, bukannya suruh terus bayar. Kos lesen setahun hampir RM10,000 dan premis diarahkan tutup.
Pernah fikir dalam otak tak, kesukaran hendak bayar dengan premis yang tutup tidak boleh berniaga, awak mungkin tak rasa sebab setiap bulan bergaji. Apa hal awak pulak nak bersimpati dengan masalah kami kan? Yang penting saman sebab lewat atau tidak bayar.
Kata Mila lagi, dia akan membawa isu berkenaan kepada pihak MBSJ untuk tindakan lanjut kerana menganggap individu tersebut telah memfitnahnya secara terbuka.
Namun, perkongsian dan luahan yang dimuat naik oleh Mila di laman Instagram miliknya telah dipadam tidak lama kemudian.
Terdahulu, Mila ada membuat hantaran berbaur keluhan apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin memaklumkan bahawa majlis sosia seperti kenduri di tempat tertutup bakal dijadikan sektor terakhir yang akan dibuka kepada orang ramai.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.