Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mila Jirin Tak Puas Hati Majlis Sosial Masih Tidak Dibenarkan

mila jirin

Nampaknya masih ramai peniaga yang tidak dapat beroperasi sepenuhya ekoran masih tidak diberikan kebenaran dari pihak kerajaan. Antara perniagaan yang dimaksudkan adalah mereka yang berada dalam industri perkahwinan.

Advertisement

Kekesalan ini diluahkan oleh penyanyi Mila Jirin yang turut melakukan perniagaan dalam industri itu. Mila dilihat kesal dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang masih berat untuk memberikan kebenaran untuk orang awam mengadakan majlis sosial.

Khairy memaklumkan majlis sosial akan menjadi sektor terakhir untuk dibenarkan beroperasi, ini kerana SOP yang dibentangkan masih tidak cukup menyakinkan. Khairy turut menyatakan, dia ingin melihat kesan pembukaan semula sempadan negeri dan jika ianya berjalan lancar barulah majlis sosial dipertimbangkan.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo5928226347036027925-600x600.jpg

Di restoran adakah semua orang sekarang makan sambil guna facemask?

Mila kemudian meluahkan apa yang dirasai usahawa pada waktu ini yang tertekan setelah lebih 1 taun tidak dapat betul-betul beroperasi. Dia juga meminta Khairy Jamaluddin untuk menerangkan perbezaan makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan.

Advertisement

Adakah kebenaran kemasukan orang dari India, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh dan Nepal lagi Selamat? Kami usahawan dalam sektor sosial kecil sederhana dah setahun lebih mati. Tak ada 1 kementerian pun ambil peduli industri kami. – Luah Mila.

Tidak cukup dengan itu Mila turut memberikan banyangan kepada YB Menteri yang lebih banyak peniaga akan gulung tikar setelah KJ mengeluarkan kenyataan seperti itu. Ini kerana ianya seperti tiada harapan untuk mereka kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Melihat reaksi netizen, rata-rata meminta Mila untuk tidak mengikut perasaan dan bersabar. Kerajaan pada waktu ini sedang cuba membuka satu persatu perniagaan dan ianya perlu dilakukan berhati-hati kerana kita tidak mahu terkurung sekali lagi. #kitajagakita

Banyak beza, dekat restoran makan sahaja, kalau kenduri jumpa saudara-mara bersalam dan berpeluk.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_2021-10-05_13-17-04-381x600.jpg

Ada pro and con, ramai pengusaha catering sangat terkesan

This image has an empty alt attribute; its file name is photo_2021-10-05_13-17-17-328x600.jpg

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. tabarus

    October 6, 2021 at 8:48 am

    mila kau dah mereng aku tengok sejak dua menjak ni

  2. Anonymous

    October 5, 2021 at 9:32 pm

    Byk bezenye tu,fkir guna akal jgn gune ht n prasaan tu je..ape yg netizen komen2 tu pn antara jwpn yg tepat da knp knduri kndara still xleh onn lg cam biasa,bukan sumenye nk hentam u je tp tu jwpn yg logik akal..bwak2 brsbr ye mak cik mila..

  3. zarilan

    October 5, 2021 at 6:06 pm

    betul banyak beza mak cik mila, tak payah argue dengan mr,Khai. Dia lulusan Oxford, bukan calang- calang orang yang belajar kat situ. Mr. Khai sentiasa berpandangan jauh. Dia tak fikir untuk 1 hari ke sebulan sahaja. Dia fikir untuk jangka panjang. Kalau majlis sosial diadakan, covid naik baik. lepas tu PKP PKP. bila nak sudah?

    Saya cadangkan makcik mila, tutup je Bizmila kat one city. Jual. dapat modal buat bisnes lain. Buka kedai emas ke, Kedai servis kereta ke, masyuk jugak. Orang yang berjaya bukanlah orang yang tak pernah jatuh. Tapi orang yang jatuh, tapi dia bangun semula. Kipidap!

    • tecit

      October 6, 2021 at 8:57 am

      setuju sgt. org skg pon mcm dah biase buat majlis kecik2 mcm omputih tu. xperlu gilang gemilang sgt dah bergolok gadai semua.

  4. unknown

    October 5, 2021 at 2:05 pm

    Banyak beza mila oiiii.. Please be realistic

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top