Difitnah Menerima Sejumlah Wang Haram, Mila Jirin Ambil Tindakan Undang-Undang

Hiburan

Difitnah Menerima Sejumlah Wang Haram, Mila Jirin Ambil Tindakan Undang-Undang

Penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang dikenali sebagai Afiq kerana didakwa telah melemparkan fitnah terhadap dirinya.

Mila Jirin
3 years ago

Difitnah Dibayar Untuk Sokong Muhyiddin, Mila Jirin Perjelas Kekeliruan Isu Subsidi Upah

Advertisement

Mila yang pada mulanya memaklumkan mengenai perkara tersebut di Instagram sebelum bertindak memadamnya tidak lama kemudian memberitahu individu tersebut telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang usahawan.

Facebook AfiqSumber : Facebook  
Komen Mila JirinSumber : Facebook  

Penyanyi lagu Persis Mutiara itu menjelaskan bahawa dia akan mengambil tindakan terhadap Afiq kerana menuduhnya menerima wang berjumlah RM76 ribu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan RM 38 ribu pada fasa seterusnya.

Untuk catitan dan kefahaman Encik Afiq, saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima. Bantuan subsidi upah. Bantuan ini bukan diterima oleh saya sahaja malah ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja. Untuk pengetahun subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak. Disebabkan fitnah yang telah dilemparkan ini. Ia telah menjejaskan reputasi saya.

Ujar pengarah urusan syarikat Bizmilla itu lagi, segala kenyataan yang dimuat naik Afiq telah disimpan dan peguam yang mewakili Mila akan mengambil tindakan lanjut terhadap kes tersebut.

Terdahulu, nama Mila menjadi tular apabila dia ada memuat naik video meluahkan rasa sedih apabila Tan Sri Mahiaddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada awal minggu lalu.

Reaksi Mila itu telah mengundang pelbagai komen daripada netizen sehingga ada yang menuduhnya dibayar oleh pihak tertentu untuk bertindak demikian.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...