Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Pernah Berumah Tangga, Jadi Kami Sudah Matang” – Noor Nabila, Engku Emran Mula Rapat Hujung Tahun Lalu

pernikahan noor nabila dan engku emran

Meskipun memilih untuk mendiamkan diri apabila diasak dengan pelbagai persoalan sebelum ini, segalanya terjawab apabila Engku Emran dan Noor Nabila selamat bernikah pagi tadi.

BACA: (TAHNIAH) Noor Nabila Sah Berkahwin Dengan Engku Emran

Advertisement

Dinikahkan oleh adik Nabila iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandung mereka, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja.

pernikahan noor nabila dan engku emranSumber : Instagram Neelofa  

Menerusi laporan mStar, Noor Nabila menyatakan bahawa dia menjadikan kegagalan perkahwinan sebelum ini sebagai panduan untuk menjalani kehidupan berumah tangga bersama Engku Emran.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini, jadi masing masing sudah matang dan dah tahu apa yang
diinginkan dalam pasangan hidup.”

Meskipun baru mengenali pada Ogos lalu namun pasangan ini kian matang dalam perhubungan. Malah mereka berjanji akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam perkahwinan tersebut.

“InsyaAllah kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain. Saya mula mengenalinya sekitar Ogos tahun lalu… waktu itu kami hanya berkawan, sekitar hujung tahun lalu, kami mula rapat. Malah berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Melihatkan daripada entri yang dimuat naik oleh keluarga dan saudara, nampaknya pasangan ini memilih untuk melakukan majlis yang serba ringkas sahaja sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk menyambut momen indah ini.

“Hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat sekitar 20 ke 30 orang tetamu saja. Kita buat yang wajib saja selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami pun tak merancang nak buat majlis lain selepas ini.”

Dalam pada itu, Noor Nabila sempat menafikan khabar angin yang bertiup sebelum ini yang mengatakan bahawa mereka mengikat tali pertunangan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    March 22, 2021 at 1:19 pm

    xde nk ckp ape cume. kesian alisha. mesti die penat kan tukar2 mak >..<

  2. unknown

    March 22, 2021 at 12:17 pm

    Where is her bio father?

  3. Anonymous

    March 20, 2021 at 6:43 am

    Iyer ker?!!!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top