Pernah 10 Hari Tak Bersihkan Diri, Upiak Isil Mengaku Malas Mandi Dan Tidak Rimas

Hiburan

Pernah 10 Hari Tak Bersihkan Diri, Upiak Isil Mengaku Malas Mandi Dan Tidak Rimas

Penyanyi kelahiran Indonesia, Upiak Isil atau nama sebenarnya Silvia Nanda,36, mengakui dirinya tidak gemar membersihkan badan atau mandi.

Kata Upiak, dirinya masih cantik meskipun masih belum mandi namun tabiatnya itu segera diubah setelah berjaya memasuki program realiti Gegar Vaganza musim ke-8.

Advertisement

Jelasnya, dia kini lebih kerap membersihkan badan kerana tidak mahu orang sekeliling berasa tidak selesa dengan dirinya.

Jujur saya kata semenjak masuk GV ni saya rajin mandi sebab selalunya tiga hari sekali baru saya mandi.

Kalau tak mandi nanti team make up terhidu pula bau yang kurang sedap. Nanti semasa nak bersiap atau makeup penata rias tanya kenapa rambut busuk?

Penyanyi lagu Tak Tun Tuang ini juga mendedahkan bahawa dia pernah tidak mandi selama 10 hari berturut-turut dan tidak berasa rimas atau tidak selesa sepanjang hari.

Tambah Upiak, dia berasa lebih bebas dan tiada tekanan jika tidak mandi dan keperluan untuk dirinya membersihkan diri hanyalah dibuat sekadar tuntutan kerja sepanjang di GV.

“Saya mandi ni tuntutan untuk persembahan kalau tak mandi macam mana nak buat persembahan.. busuk!” katanya mengakhiri bicara.

Upiak Isil
2 years ago

"Terkinja-Kinja Tapi Bertudung.." - Upiak Isil Dedah Sebab Tidak Bertudung Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...