“Terkinja-Kinja Tapi Bertudung..” – Upiak Isil Dedah Sebab Tidak Bertudung Lagi

Hiburan

“Terkinja-Kinja Tapi Bertudung..” – Upiak Isil Dedah Sebab Tidak Bertudung Lagi

Keputusan penyanyi Indonesia, Upiak Isil membuka hijabnya semula telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang mengecam dan ada yang mempersoalkan keputusannya itu.

Sedar akan kekhilafannya, peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu memohon maaf dan berkata dirinya mempunyai sebabnya tersendiri mengambil keputusan tersebut.

Advertisement

Menurut Upiak, dia tidak mahu merendahkan golongan yang berhijab apabila melakukan aksi yang tidak mengambarkan sebagai wanita bertudung.

Saya rasa bila diri buat ‘macam-macam aksi’’ (terkinja-kinja) tapi bertudung, rasanya ia merendahkan hijab itu sendiri.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tun Tuang itu turut merasakan jika ingin berhijab, dia mahu menutup aurat dengan sempurna, bukannya berhijab tetapi memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan.

Upiak IsilSumber : Instagram Upiak 

Dalam pada itu, Upiak mengambil jalan untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai hal terbabit dan memohon orang ramai terus mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

Kita doakan yang baik-baik saja seperti yang diminta oleh tuan empunya badan.

Upiak Isil
2 years ago

"Komen Seolah-Olah Mereka Tuhan.." Kemampuan Nyanyian Dipersoal, Upiak Isil Jauh Hati Dengan Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...