Pelbagai acara yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo kali ini termasuklah dalam acara olahraga. Banyak momen-momen yang terjadi di temasya sukan peringkat antarabangsa itu sehingga menarik perhatian warganet.
Ini termasuklah dalam acara 100 meter lari berpagar wanita peringkat separuh akhir yang membuatkan warganet tak senang duduk.
Setiap acara pasti akan ada pengulas sukan yang akan mengulas apa yang berlaku ketika acara sedang dipertandingkan.
Melalui video yang dimuat naik Astro Arena di Youtube, kelihatan semua atlet untuk acara larian tersebut cukup bersedia untuk memulakan larian. Namun, apa yang menarik perhatian warganet ialah cara pengulas sukan yang sukar untuk menyebut nama-nama atlet yang bertanding.
“Alamak, nama dia ni susah sikit. Pia Skrzyszowska”
Memang susah pulak nak sebut nama atlet ni memandangkan mereka semua datang daripada pelbagai negara. Tidak hanya itu, netizen juga turut memberikan respon dengan cara penyampaian pengulas sukan tersebut.
Pun begitu, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan permulaan acara lari berpagar itu apabila terpaksa dibatalkan untuk beberapa kali atas sebab-sebab tertentu.
Netizen simpati dengan atlet
Tidak hanya pengulas, netizen juga turut bersimpati dengan para atlet kerana terpaksa mengulang semula acara itu daripada awal untuk beberapa kali.
Ada juga yang berseloroh mengatakan atlet diberikan fake hope atau harapan palsu ketika bertanding. Haihh, macam ni pun boleh.
Walau bagaimanapun, acara itu tetap diteruskan setelah meneliti tentang beberapa kesilapan yang berlaku sebelum ini. Akhirnya acara itu tamat dengan kemenangan daripada Britany Anderson dari Jamaica dengan catatan masa 12.40 saat.
Kalau anda ada di situasi macam ni agak-agak nervous tak ?
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara