Atlet Lompat Tinggi Kongsi Pingat Emas Di Sukan Olimpik

Trending

Atlet Lompat Tinggi Kongsi Pingat Emas Di Sukan Olimpik

Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini menjadi perhatian apabila temasya itu baru sahaja diadakan pada 23 Julai 2021 lalu.

Walaupun tidak mempunyai ramai penonton, tetapi momen-momen yang berlaku di temasya tersebut dapat dilihat melalui perkembangan laman sosial.

Advertisement

3 years ago

Atlet Israel Pijak Katil Di Olimpik Sampai Hancur

Baru-baru ini tular satu video yang dikongsi oleh pengguna Twitter, @missbreton yang menunjukkan atlet Qatar dan Itali yang berkongsi kemenangan untuk acara lompat tinggi. Wow, boleh ke kongsi pingat?

Atlet lompat tinggi kongsi pingat emas di Sukan Olimpik

Pengakhiran acara tersebut menjadi perhatian warganet apabila atlet Qatar, Mutaz Barshim, 30, serta atlet Itali, Gianmarco Tamberi, 29, berkongsi pingat emas.

Kelihatan kedua-dua atlet berkenaan memberi reaksi yang cukup gembira selepas membuat keputusan untuk berkongsi kemenangan tersebut

Macam mana boleh kongsi pingat emas ? 

Mesti ramai yang tertanya kenapa kemenangan ini dikongsi sementara kemenangan itu hanya boleh berada di satu pihak saja.

Untuk makluman, keputusan itu dibuat apabila kedua-dua atlet telah melakukan lompatan yang sama dengan ketinggian 2.37 meter.

lompat tinggi di sukan olimpik

Walau bagaimanapun, mereka diberi peluang untuk mencabar catatan tersebut namun tidak berjaya untuk melepasi ketinggian 2.39 meter selepas tiga kali lompatan.

“Boleh kami dapat dua emas?”

Itulah yang diungkapkan oleh Barshim kepada pegawai Olimpik apabila mereka diberi peluang membuat sekali lagi lompatan untuk penentuan pingat emas.

Namun, kedua-dua atlet berkenaan tidak menyangka dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai bertugas.

“Ia tidak mustahil jika kamu memutuskannya”

Kedua-dua atlet lompat tinggi itu secara tidak langsung meluahkan perasaan gembira termasuklah mereka yang berada di stadium berkenaan.

Dalam hal ini, boleh dilihat sukan dapat menyatukan semua orang dan mampu berkongsi kegembiraan yang sama jika kena dengan cara. Untuk makluman, keputusan ini menjadi sejarah pertama dalam acara olahraga sejak ia diperkenalkan pada 1912.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...