Permintaan Ali untuk membayar saman RM60,000 secara ansuran ditolak mentah-mentah oleh balu arwah abangnya, Hidayah Ali yang memintanya untuk membayar dengan kadar segera.
Menurut Ali, dia bersetuju untuk membayar secara ansuran dan sudah memaklumkan kepada peguamnya yang kemudian menyerahkan surat kepada pihak Hidayah serta peguamnya.
Bagaimanapun, Hidayah menolak kaedah installment tersebut dan berkata tempoh yang diberikan untuk menjelaskan saman tersebut sudah cukup lama.
Berita tentang persengketaan mereka berdua ini memang sedang hangat diperkatakan di media sosial, malah netizen juga kata kisah itu sering ‘fyp’ di TikTok.
Bagaimanapun, kebanyakan komen netizen di internet menunjukkan rata-rata mereka menyokong balu Abam untuk melawan Ali.
Namun, dalam banyak-banyak komen ada juga yang berkata Ali silap kerana ‘cari pasal’ dengan seorang wanita yang bukan calang-calang
Hidayah dahulu merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat swasta namun berhenti untuk menjaga Hamzah di mana arwah bersetuju untuk membayar gajinya setiap bulan.
“Kata banyak duit. Beli Alza baru boleh”
Dalam pada itu, ramai turut menyindir pelawak tersebut kerana berlagak seperti mempunyai duit serta memerlinya tidak ada ‘job’.
Kata ada duit, buat apa nak (bayar) ansuran?”