“Dah Beri Tempoh Lama” – Ali Puteh Nak Bayar Saman RM60K Ansuran, Hidayah Gesa Langsai Terus!

Hiburan

“Dah Beri Tempoh Lama” – Ali Puteh Nak Bayar Saman RM60K Ansuran, Hidayah Gesa Langsai Terus!

Baru-baru ini, kemelut di antara Ali Puteh dan kakak ipar, Hidayah kembali menjadi bualan ramai setelah Ali didakwa memfitnah wanita terbabit membuat perbuatan syirik di kawasan kediaman arwah Abam Bocey.

Mengenai bayaran saman fitnah sebanyak RM60,000 yang perlu di bayar oleh pelawak terbabit, Ali meminta agar bayaran saman tersebut di bayar secara ansuran.

Advertisement

Bagaimanapun, Hidayah atau nama sebenar, Siti Norhidayah Mohd Ali menggesa agar adik iparnya membayar dengan kadar segara tanpa bayaran ansuran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak bersetuju seandainya pihak Ali mahu menjelaskan bayaran saman itu secara ansuran kerana sudah lama memberinya masa dan kini hanya mahu fokus dengan kehidupan bersama anak tunggal, Syed Uthman Hamzah serta perniagaan.

Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak beri kerjasama.

Dalam pada itu, apabila ditanya kepada Hidayah sama ada peguamnya sudah dimaklumkan oleh pihak Ali hendak membayar secara ansuran, wanita itu berkata pihak sana tidak memberi sebarang surat seperti yang diwar-warkan oleh Ali.

Sekadar info, Ali ada memberitahu bahawa dirinya akan membayar saman sebanyak RM60,000 secara ansuran kepada Hidayah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah sebelum ini.

Katanya, proses pembayaran masih dalam perbincangan membabitkan peguam dia dan peguam Hidayah.

Hidayah abam tunai hajat
2 years ago

Menang Saman Fitnah RM60K, Nor Hidayah Terus Tunai Hajat Sedekah Buah Di Surau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...