Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Permaisuri Johor Setuju Yuna Tweet Dalam Bahasa Inggeris

Kalau anda masih ingat, sekitar minggu lepas Yuna telah memberikan satu respon yang cukup sempoi apabila peminatnya menyuruh beliau tweet dalam Bahasa Melayu.

Advertisement

Rupa-rupanya, perkara tersebut mendapat perhatian Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dimana baginda bersetuju agar penyanyi itu terus berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Menurut baginda, penggunaan Bahasa Inggeris memudahkan orang lain untuk memahami setiap pendapat,luahan  kita kerana ia antara bahasa global.

I agree with Yuna : we write or speak in English because we want to share our thoughts, ideas and opinions with a lot more people who may be reading what we’ve written.

Betoi tu, Yuna. Kite cakap oghang puteh bukan pase kita tak reti cakap Melayu ato tak nak cakap Melayu tapi pase kita nak oghang lain tau apa yang kita pikior. Ini kan dah zaman global…

Advertisement

Sebenarnya Bahasa Inggeris amat penting apatah lagi dalam zaman yang serba moden ini, tetapi sesetengah masyarakat kita kurang yakin untuk berbicara dalam bahasa tersebut kerana sering diperlekeh dan dianggap sombong. Keluarlah ayat macam ni “ ko tu Melayu cakap Melayu je lah” “amboi, tak payah acah-acah la boleh speaking bagai”. Betul tak?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top