Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang Adalah Mitos – KPN

Kehidupan

Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang Adalah Mitos – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan penantian selama 24 jam sebelum melaporkan kehilangan individu adalah satu mitos yang disebarkan banyak pihak tanpa asas yang kukuh.

Ujar beliau lagi, orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam bagi melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahupun kenalan.

Advertisement

Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata.

Razarudin berkata, sekiranya telah berusaha mencari individu yang dirasakan hilang dan gagal dihubungi, anda boleh segera ke balai polis.

Ujarnya, ini adalah langkah awal bagi mengelakkan suatu insiden buruk terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Beliau juga menyeru masyarakat untuk terlibat dan memainkan peranan bagi membantu menyalurkan maklumat mengenai kes orang hilang.

“Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes.” ujar beliau ketika ditemui media baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

rethreading tayar netizen geram
4 months ago

"Nak Mat*, Mat* Lah Sorang-Sorang" - Individu Tawar Servis 'DIY' Tambah Bunga Pada Tayar Botak Bikin Netizen Berang

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...