“Perlu Teliti Banyak Aspek Sebelum Berkeluarga” – Janna Nick

Hiburan

“Perlu Teliti Banyak Aspek Sebelum Berkeluarga” – Janna Nick

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengakui bahawa dia perlu meneliti dengan terperinci sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.

Janna Nick dan keluarga
3 years ago

Sedar Anak Sering Dihimpit Kontroversi, Ibu Janna Nick Tak Buka Media Sosial, Bimbang Hati Tergores

Advertisement

Menurut Janna, banyak aspek yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan termasuk aspek karier mereka serta tanggungjawab apabila sudah mendirikan rumah tangga dan berkeluarga.

Nak mendirikan keluarga adalah satu perancangan berat buat saya.

Tambah Janna, karier Dini juga baru sahaja bermula buat masa sekarang ini dan mereka berdua bukanlah individu yang lahir daripada keluarga yang berada.

Disebabkan itu, berkahwin dan membina sebuah keluarga adalah satu perancangan yang sangat berat bagi Janna dan dia juga sedikit sensitif apabila mendengar perkataan keluarga.

Janna Nick & Dini Schatzmann

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Munir turut mengatakan bahawa kesemua perkara tersebut perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan dia dan Dini dapat memberikan masa kepada keluarga serta anak-anak.

Ujar Janna yang baru sahaja diumumkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Sabtu lalu, buat masa sekarang ini mereka berdua perlukan masa terlebih dahulu untuk fokus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...