“Perlu Berb*gel, RM500 Per Sesi” – Studio Filem P*rno Pertama Di Malaysia, Kini Giat Mencari ‘Talent’ Di Instagram

Kehidupan

“Perlu Berb*gel, RM500 Per Sesi” – Studio Filem P*rno Pertama Di Malaysia, Kini Giat Mencari ‘Talent’ Di Instagram

Tular baru-baru ini mengenai satu akaun yang mendakwa mewakili satu studio ‘dewasa’ dan lucah yang kini sedang giat mencari pelakon baru ataupun ‘talent’ bagi tujuan merakam filem bercirikan tontotan dewasa.

Menurut sumber, orang ramai yang didekati pihak studio tersebut tampil berkongsi pengalaman mereka dan mendedahkan ada menerima beberapa mesej peribadi di Instagram daripada individu tersebut.

Advertisement
SaysSumber : Says.com  

Difahamkan, individu itu mencuba untuk menawarkan posisi sebagai pelakon filem dewasa dan turut menjanjikan bayaran sebanyak RM500 untuk setiap satu sesi penggambaran.

Antara syarat yang dikenakan adalah tiada aksi seks terlibat, rakaman berlangsung selama 3 hingga 5 jam dalam masa satu hari dan pelakon perlu berbogel sepanjang rakaman.

Difahamkan, kandungan filem itu akan diedarkan ke pelbagai platform yang menjual video dewasa dan lucah dan ia juga tertumpu kepada penonton antarabangsa.

SaysSumber : Says.com  

Malah, individu itu mendakwa pihak mereka hanya melihat kepada profil wanita yang dirasakan cantik dan akan bertanyakan sama ada mereka berminat atau tidak.

Menerusi perbualan antara individu itu dengan seorang wanita, studio tersebut dilaporkan beroperasi di ibu kota Kuala Lumpur.

Says.comSumber : Says.com  

Sekadar info, negara Malaysia mempunyai peraturan dan undang-undang ketat berkenaan sebarang penghasilan, pengeluaran, pemilikan dan pengedaran berkaitan kandungan dewasa dan lucah.

Pelaku boleh berdepan hukuman yang berat, termasuklah denda dan penjara jika didapati terlibat dalam aktiviti berkaitan dengan pornografi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nurinlofa
5 months ago

'Influencer' Dituduh Beli Mercedes 'Cash' Pakai Duit Reviu Judi Online - "Saya Mengaku Ada Buat Tapi.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Says.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...