November 7th, 2017

Bukan mudah untuk seorang isteri melupkan insiden  pernah dikasari suami tercinta ketika berduaan dengan wanita lain didalam bilik karaoke dan masih dalam berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung.

Bagaimanapun, Bella Astillah mahu berfikiran positif dan cuba untuk bahagia bersama suaminya, Aliff Aziz. Bella juga sudah tidak kisah lagi  dengan percakapan orang ramai tentang kes mereka.

Kehidupan saya bertambah baik ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kami. Alhamdulillah tetapi ini semua mengambil masa. Perlahan-lahan saya cuba. Saya tidak mahu kenang lagi kerana jika saya terluka itu akan menjejaskan diri dan keluarga saya. Saya kena fikir positif demi masa depan yang cerah. Walaupun orang masih bercakap, saya buat tidak dengar.

Terdahulu, isu antara Aliff, Bella dan Afifah Nasir mula menjadi tumpuan ramai semula selepas Afifah membuat kenyataan sudah berbaik dan bermaafan dengan Bella. Namun, Aliff tampil menafikan perkara tersebut dan mendakwa Afifah bercakap bohong dan berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan lagi tentang mereka.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE


Comments are closed.

Loading...