November 6th, 2017

Baru-baru ini pelakon Afifah Nasir menerusi kenyataan media memberitahu beliau dan isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah sudah berbaik dan melupakan segala kontroversi yang berlaku sebelum ini. Ramai juga netizen yang merasakan akhirnya perkara antara mereka bertiga ini sudah selesai. Namun, anda sebenarnya silap.

Menerusi akaun Instagram Aliff, beliau ada meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap Afifah yang tidak telusĀ  dan sekaligus menafikan Afifah sudah berbaik dengan isterinya. Malah, Aliff juga bengang apabila Afifah masih lagi ingin membuat kenyataan mengaitkan dirinya dan Bella.

Aliff tampil merungkai keadaan sebenar dan meminta agar Afifah berhenti menipu orang ramai.

Agak sukar dan sudah tidak tahu apa lagi hendak dikatakan mengenai kes mereka bertiga ini. Kontroversi kadang-kadang tidak boleh reda begitu sahaja. Mungkin waktu sahaja yang boleh memulihkan keadaan.


Comments are closed.

Loading...