Perkhidmatan Van Jenazah Atu Terbuka Untuk Semua Golongan

Hiburan

Perkhidmatan Van Jenazah Atu Terbuka Untuk Semua Golongan

Pelawak dan pengacara tanah air, Atu Zero baru-baru ini mendedahkan bahawa ada beberapa pihak yang bertanya mengenai perkhidmatan van jenazah miliknya untuk orang bukan beragama Islam.

Atu Zero
3 years ago

Bekalan Akhirat, Impian Atu Zero Miliki Van Jenazah Termakbul, Mahu Bina Masjid Pula

Advertisement

Menurut Atu sekaligus menjawab persoalan tersebut, perkhidmatan van jenazah yang diusahakan Kura-Kura Brotherhood adalah terbuka kepada semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa.

Islam mengajar kita untuk saling membantu, tak kira agama atau bangsa. Bukan orang yang beragama Islam sahaja yang susah di muka bumi Malaysia ini.

Perkara tersebut turut dikongsikan isteri Atu, Shafeeqa Johari menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

Shafeeqa memberitahu yang terdapat juga orang bukan Islam yang susah dan tidak mampu hendak menyewa van jenazah untuk bawa ke tempat pengebumian.

Ujar Shafeeqa lagi, Kura-Kura Brotherhood baru-baru ini ada membantu keluarga bukan muslim yang tidak mampu menyewa kenderaan untuk membawa si mati.

Atu Zero & Isteri

Saya bangga dengan Kura-Kura Brotherhood. Mereka tidak mandikan pun, mereka hanya tolong hantar sahaja ke tempat pengebumian.

Susulan itu, Shafeeqa juga memberitahu bahawa semangat yang ditunjukkan pekerja Kura-Kura Brotherhood untuk membantu sesama insan patut dijadikan contoh.

Perkara itu juga merupakan kali pertama Kura-Kura Brotherhood membantu saudara bukan Islam dan Shafeeqa berharap agar ia dapat membantu memudahkan urusan waris dan keluarga si mati.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...