Bekalan Akhirat, Impian Atu Zero Miliki Van Jenazah Termakbul, Mahu Bina Masjid Pula

Hiburan

Bekalan Akhirat, Impian Atu Zero Miliki Van Jenazah Termakbul, Mahu Bina Masjid Pula

Pelawak Atu baru-baru ini ada meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga berikutan impiannya untuk memiliki van jenazah akhirnya menjadi kenyataan.

Atu
3 years ago

"Dia Nampak Je Bodoh-Bodoh Tapi.." - PU Rahmat Dedah Atu Zero Seorang Yang Sangat Menjaga Solat

Advertisement

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli berkata, van tersebut masih dalam proses pengubahsuaian untuk menjadikan ia sebagai tempat pengurusan jenazah yang lebih lengkap dan sistematik.

Difahamkan, van pengurusan jenazah itu dibeli Atu bagi memudahkan kerja-kerja pemandian mayat bagi golongan tidak berkemampuan dan fakir miskin.

Kalau saya cakap gembira, orang kata cliche pula. Tapi itulah perasaan saya ketika ini. Saya tidak menjangkakan impian akan menjadi nyata. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi dna telah banyak membantu dalam urusan ini.

Atu dalam pada itu turut memaklumkan bahawa kos untuk membeli van jenazah tersebut adalah sebanyak RM121,000 tidak termasuk kos pengubahsuaian tambahan.

Selain itu, pelawak daripada kumpulan Zero ini juga ada meluahkan hasrat untuk mengembangkan perkhidmatan van pengurusan jenazah untuk fakir miskin ini ke Sarawak pula.

Dia juga turut memasang impian untuk membina masjid di Kudat, Sabah.

“Semoga impian saya menjadi kenyataan. Biarlah harta saya tidak banyak di dunia tapi adalah sedikit bekalan yang boleh saya bawa ke akhirat nanti.” ujarnya lagi.

Perkembangan lain, Atu kini sedang dalam pertandingan merebut gelaran juara bagi pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 bersama kumpulan Boro yang turut disertai Fad dan Achey.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Atu Zero

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...