Perkahwinan Tak Bahagia, ‘Ex GF’ Pula Muncul Kembali! Tapi Ibu Tak Bagi Cerai – “Dia Taknak Jadi Isteri Kedua, Aku Tak Sanggup Hilang Dia Lagi…”

Kehidupan

Perkahwinan Tak Bahagia, ‘Ex GF’ Pula  Muncul Kembali! Tapi Ibu Tak Bagi Cerai – “Dia Taknak Jadi Isteri Kedua, Aku Tak Sanggup Hilang Dia Lagi…”

Seorang lelaki meluahkan perasaan buntu dilaluinya selepas bekas kekasih muncul semula namun dia kini sudah mendirikan rumah tangga.

Menerusi aplikasi X, lelaki itu yang berusia 34 tahun berkata dia mengenali wanita berkenaan pada tahun 2018.

Advertisement

Aku kenal dia masa tahun 2018 di Instagram tapi lepas tu kami lost contact. Tahun 2022, dia contact aku semula sebagai kawan.

lelaki balas mesej di telefon

 

Dah kahwin tapi tak happy…

Dia juga turut akui menyesal tidak berusaha mencari wanita itu sepanjang 4 tahun ‘terpisah’. Namun kini, rasa sayangnya kembali dan buntu kerana pada masa yang sama perkahwinannya tidak bahagia.

Masalah aku sekarang, aku dah kahwin tapi tak happy. Aku kahwin 2020 masa Covid, pilihan mak aku. Mak aku tau aku dah jumpa cikgu ni. Tapi mak aku tak bagi aku bercerai.

Tambahnya, wanita tersebut tidak mahu menjadi isteri kedua dan dia juga akui tidak mahu kehilangan wanita itu seperti tahun 2018 yang lalu.

Aku sayang dia sangat sangat, aku tak sanggup kehilangan dia lagi. Dan aku tersepit dalam unhappy marriage ni.

 

Aku bukan penyondol!

Bagaimanapun, seorang wanita telah membalas luahan tersebut dan akui dia adalah bekas kekasih yang dimaksudkan oleh lelaki berkenaan.

Tulis cikgu itu, dia sudah tiada apa-apa hubungan dengan lelaki itu dan menegaskan dia bukanlah ‘penyondol’ rumah tangga orang.

NGL di twitter

Qawiy
2 months ago

"Saya Taknak Keruhkan Keadaan Tapi Dia Block.." - Bekas Kekasih Influencer 'Tebuk Quran' Ajak Bersemuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...