Perkahwinan Direstui : Adira Kesal Digelar Perampas, Bahagia Hidup Bermadu

Hiburan

Perkahwinan Direstui : Adira Kesal Digelar Perampas, Bahagia Hidup Bermadu

Sejak berita Adira AF berkahwin dengan Dato Red mula tersebar, hampir setiap hari penyanyi tersebut menerima pelbagai komen negatif serta dilabelkan sebagai perampas.

Meskipun sudah membuktikan pernikahan mereka di Thailand dalam perbicaraan di mahkamah pada 7 Mac lepas, masih ada lagi pihak yang mengutuk Adira sehingga kini.

Advertisement

Kesal dengan sikap segelintir peminat, Adira menafikan dirinya seorang perampas kerana perkahwinan beliau bersama Dato Red mendapat restu daripada isteri pertamanya.

Saya bukan perampas. Jika saya berkahwin dengan suami orang dan tidak mendapat restu isteri pertama, itu mungkin boleh dianggap sebagai perampas sedangkan situasi saya amat berbeza.

Madu dan keluarga suami menerima saya sebagai ahli keluarga mereka. Perkahwinan kami mendapat restu. Jadi mana timbul soal perampas?

Sudah menjadi lumrah masyarakat dimana mereka anggap isteri kedua adalah hina dan jahat, Adira akui beliau sudah bersedia untuk menghadapi risiko apabila membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami orang.

Saya amat bahagia berkongsi kasih. Ia jauh daripada apa yang difikirkan ramai. Saya akur ini bayaran yang harus saya terima apabila memilih hidup sebagai isteri kedua.

Kehidupan saya biar saya yang menentukan dan bukan orang lain. Apa yang paling penting saya dapat menjaga hubungan dengan isteri pertama dan anak-anak tiri dengan baik. Cuma saya bimbang ada pihak yang mahu melaga-lagakan kami.

Malah Adira juga menafikan bahawa keputusan terburu-buru beliau dalam menerima lamaran untuk berkahwin adalah kerana kecewa dan terdesak selepas putus tunang bersama Shahrul Nasrun.

Saya berkahwin kerana sudah takdir saya. Bukan kerana mahu menebus kekecewaan putus tunang dulu. Mana mungkin saya memperjudikan nasib hanya kerana tidak jadi berkahwin dahulu.

Sekarang apa yang kita boleh lakukan adalah doakan yang terbaik buat Adira, suami serta madunya.  Jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan dan mungkin sudah ketentuan Adira untuk menjadi isteri kedua.

Sumber Berita : BiPop Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...