Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adira Dan Dato Red Kemukakan Bukti Bergambar Dan Video Nikah Di Thailand

Penyanyi Adira dan suaminya Datuk Seri Adenan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Dato Red  telah mengemukakan bukti bergambar , video serta pasport  berkaitan pernikahan mereka di Thailand di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tanggal 7 Mac lepas.

Advertisement

Mereka berdua berbuat demikian selepas memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie Mohd Abdul Karim Wahab mengenai permohonan pengesahan pernikahan berpoligami.

Dalam keterangan tersebut, Dato Red menjelaskan beliau dan Adira sah bernikah hanya dengan sekali lafaz di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 berwakil wali hakim. Adira telah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,000 tunai.

Adira sebelum ini memfailkan permohonan pengesahan pernikahan berpoligami di luar negara itu pada 8 Januari lalu mengikut Seksyen 12 dan 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Dato Red juga merencana untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau dan Adira di Kota Kinabalu, Sabah selepas kes ini selesai.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top