Perjelas #IbuTakRestu, Ibu Hannah Delisha Minta Netizen Berfikir

Hiburan

Perjelas #IbuTakRestu, Ibu Hannah Delisha Minta Netizen Berfikir

Baru-baru ini, timbul spekulasi mendakwa ibu kepada pelakon jelita, Hannah Delisha sebenarnya tidak merestui ikatan perkahwinan yang dibina anak. Dakwaan mula diperkatakan apabila si ibu memuat naik kata-kata puisi dengan tanda pagar #IbuTidakRestu.

Hannah Delisha
Hannah Delisha
4 years ago

Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Advertisement

Terbaru, ibu Hannah Delisha menerusi Instagram @kakcikwujudku memuat naik sinopsis Hikayat Antah Berantah #IbuTidakRestu memohon ‘smart people’ meneliti sebuah gambar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Menurutnya, persepsi dan interpretasi seseorang mengenai sesuatu isu adalah subjektif. Oleh itu dia menyeru ‘smart people’ menggunakan akal untuk bertanya dan berfikir mengenai puisi yang dimuat naiknya sebelum ini.

1. Apakah perasaan Sang ibu dalam hikayat antah berantah?

2. Apakah sebab, asbab dan musabab yang beliau itu tidak merestui pernikahan Sang anak dan Pilihan anaknya itu?

3. Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah? Adakah ia kerana ada “al kisah yang membelenggu?” yang terjadi semasa Sang Anak dan Pasanganya belum bernikah lagi?

4. Adakah Sang ibu dan keluarga terdekatnya, tahu Sang anak dan Pasanganya itu telah berkahwin? dan bila sebenarnya mereka berkahwin?

Di akhir perkongsian, ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad turut menyertakan warkah sang ibu yang dipercayai mempunyai maksudnya tersendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kakcik Wujud Ku (@kakcikwujudku)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...