Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Hannah Delisha

Baru sahaja mahu mengecapi bahagia kehidupan berumah tangga, muncul pula gosip yang mengatakan sebenarnya perkahwinan aktress kelahiran seberang tambak, Hannah Delisha dan suaminya, Imam Shah tidak direstui oleh ibu pelakon wanita itu.

Hannah DelishaSumber : Instagram Hannah Delisha  

Menguatkan lagi spekulasi, terdapat sumber yang mengatakan bahawa sememangnya perkahwinan mereka tidak direstui ibu aktres itu.

Advertisement

“Perkahwinan mereka tidak mendapat restu si ibu. Itu saja yang saya boleh beritahu. Selebihnya, tanyalah tuan badan” ujar pemanggil misteri yang menghubungi sebuah media baru-baru ini.

Meninjau ruangan Instagram ibu Hannah Delisha yang dikenali sebagai @kakcikwujudku, terdapat pula sebuah hantaran kata-kata puitis berbentuk luahan perasaan dengan tanda pagar #IbuTidakRestu di akhir bicara.

Menerusi hantarannya itu, ibu Hannah, Noor Ashikin Ahmad seolah-olah memberi bayangan mengenai percintaan pasangan itu dan keputusan mereka mendirikan mahligai perkahwinan yang dibuat tanpa persetujuan si ibu.

Dia dilihat telah menulis mengenai sebuah perkahwinan seorang wanita dengan mualaf namun berakhir dengan perpisahan ketika anaknya masih kecil.

Namun ketika anak sudah meningkat dewasa dan mula untuk membina kehidupan sendiri, si ibu dilupakan dan menerima pelbagai tohmahan.

Advertisement

“Apabila dewasa Sang Anak bercinta, cinta yang datang dengan al kisahnya, terjadi suatu yang membelenggu, maka itu tiada restu. Sang ibu membawa diri, fitnah dan tohmah silih berganti, salah siapa bukan inti, salah sendiri menjadi paksi, Allah sentiasa menyaksi. Pernikahan dilaksanakan dalam rahsia, ditutupi pula dengan media.”

Sekadar info, Noor Ashikin merupakan penyanyi yang berasal dari Singapura era 80-an. Mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris iaitu Peter Blackburne Birch sehingga dikurniakan cahaya mata iaitu Hannah Delisha.

Dia juga dikenali sebagai Kakcik Wujud kerana menjadi salah seorang anggota kru Wujud yang menerbitkan video realiti seram di Singapura.

Ketika dihubungi media, Noor Asyikin enggan mengulas lanjut mengenai luahannya itu dan hanya meminta pihak media agar merujuk laman sosialnya jika mahukan lebih penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Ya saya ibu kandungnya, dan itu benar Instagram saya. Maaf saya tidak mahu komen tentang itu, boleh rujuk di Instagram dan Facebook saya.” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Hannah dan suami, Imam Shah telah bernikah di Singapura pada tanggal 18 Februari yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top