Impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mahu memiliki zuriat sendiri tetapi bagaimana pula jika ibu mertua sendiri yang tidak membenarkan si isteri memiliki hamil banyak kali?
Itulah yang dialami oleh wanita ini, dia berkongsikan perasaan sedih di laman Facebook apabila ibu mertua marah kerana hamil anak kedua.
Difahamkan dari hantaran itu, ibu mertua pernah meluahkan dirinya sangat tidak suka ataupun ‘anti’ dengan wanita yang mempunyai ramai anak.
Bahkan ibu mertua meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suami wanita tersebut selepas mengetahui dia hamil anak kedua.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu mertua wanita itu dan merasakan warga emas tersebut seakan-akan menolak rezeki.