Periksa Kesesakan Lebuhraya Secara ‘Live’? Ini Caranya

Trending

Periksa Kesesakan Lebuhraya Secara ‘Live’? Ini Caranya

Susulan pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, pastinya ramai rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin mengambil peluang untuk pulang ke kampung dan melancong ke negeri-negeri lain. Sesak balik lah lebuhraya kan?

Disebabkan itu, kebanyakan lebuhraya di Malaysia kini kembali sibuk seperti situasi apabila tibanya musim perayaan. Lebuhraya pastinya dipenuhi dengan kenderaan yang ingin keluar dan masuk ke dalam sesuatu negeri itu. Deretan kenderaan di lebuhraya ini mungkin boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Advertisement

4 years ago

Wanita Terpaksa Bersalin Di Rumah Selepas Tersangkut Dalam Kesesakan Lalu Lintas Semasa PKP

Bagi yang hendak merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman atau bercuti ini, pastinya ada yang ingin rancang perjalanan dulu kan? Ini adalah kerana, kita akan dapat tahu kawasan atau lokasi yang sesak supaya kita dapat elak kesesakan lalu lintas yang teruk.

Check kesesakan lebuhraya di portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Baru-baru ini di laman Twitter, terdapat sebuah perkongsian atau tweet daripada seorang pengguna bernama @_Afnanfaiq yang berkongsi tentang cara untuk periksa kesesakan lalu lintas di lebuhraya melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurut pengguna tersebut, pemandu boleh merancang perjalanan merentas negeri menggunakan portal rasmi LLM juga selain dari aplikasi Waze. Dalam portal rasmi tersebut, pemandu akan dapat lihat sendiri secara langsung atau Live Picture jumlah kereta yang sedang lalu di lebuhraya tersebut.

Pemandu hanya perlu cari laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia kemudiannya pilih lebuhraya mana yang ingin diperiksa dan lihat. Selepas itu, akan muncul live view dari setiap kamera yang terdapat di lebuhraya tersebut.

Periksa kesesakan lebuhraya

Paparan secara langsung setiap kamera yang ada di lebuhraya – Sumber Twitter @_Afnanfaiq

Bagi yang masih kurang jelas bagaimana hendak akses status trafik semasa dan periksa lalu lintas di lebuhraya menggunakan laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia ini, anda boleh ikuti cara seperti di bawah:

1. Layari laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di pautan ini

Lebuhraya

Tangkap layar paparan utama laman sesawang rasmi LLM

2. Tekan ‘Paparan penuh CCTV’ di bahagian Status Trafik Semasa

Lebuhraya

3. Tekan ‘Sila Pilih Lebuhraya’ kemudian pilih satu lebuhraya dalam senarai

Lebuhraya

4. Paparan CCTV lebuhraya pilihan akan keluar seperti gambar di bawah

CCTV Lebuhraya

Mudah saja kan? Jadi, anda boleh cuba gunakan cara tersebut bagi merancang perjalanan anda. Jangan lupa untuk rancang perjalanan anda dengan baik dan hati-hati ketika memandu. Pandu cermat, jiwa selamat!

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...