Wanita Terpaksa Bersalin Di Rumah Selepas Tersangkut Dalam Kesesakan Lalu Lintas Semasa PKP

COVID-19

Wanita Terpaksa Bersalin Di Rumah Selepas Tersangkut Dalam Kesesakan Lalu Lintas Semasa PKP

Sejak memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang bimbang melihatkan pertambahan kenderaan di jalan raya ketika ini. Fasa ketiga yang bermula pada 15 April lalu akan berlanjutan sehingga 28 April seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Daerah Muar di Johor merupakan salah satu lokasi yang direkodkan sebagai zon merah oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun, kawasan tersebut dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas walaupun di dalam tempoh PKP. Keadaan ini telah menyebabkan seorang wanita terpaksa bersalin di rumah kerana tidak dapat pergi ke hospital.

Advertisement

Tidak sempat ke hospital

dewan bersalin

“Puan, macam mana boleh bersalin di rumah?”

Mukanya suram. Sikit pun ibu ni tak pandang saya. Sambil saya periksa bayinya, saya nasihatkan supaya bawa bayi ke klinik kesihatan kalau dah nampak kulitnya mula kuning.

Menurut perkongsian Redza Zainol ini, wanita tersebut membawa bayinya ke hospital selepas selamat melahirkan di rumah. Untuk makluman, Born Before Arrival (BBA) atau bayi yang lahir sebelum sempat sampai ke dewan bersalin ada risiko untuk mengalami jaundis (kuning kulit) yang cepat dan tinggi.

Advertisement

Wanita itu memberitahu semasa dalam perjalanan ke hospital, air ketuban nya sudah pecah dan dia tahu masa untuk melahirkan sudah tiba. Tetapi disebabkan kereta yang terlalu banyak di atas jalan raya, suaminya terpaksa membuat berpatah semula ke rumah mak ciknya. Nasibnya baik kerana mak cik nya adalah seorang mak bidan.

Kereta banyak di Muar

sekatan jalan raya

Gambar sekadar hiasan

Pagi tu, saya lihat banyak kereta masuk ke bandar Muar. Pelik betul. Sampaikan saya sendiri tersangkut 20 minit di sekatan jalan raya. Jujurnya, sepanjang hari tu hati saya memang rasa tak sedap. Tau-tau bandar Muar dah diumumkan sebagai zon merah Covid-19 yang baru.

Dari 39 kes, terus naik ke 44 kes Covid-19! Muar yang tak besar ni pun dah jadi zon merah. Dalam hati ni saya berkata sendiri: Yang beriya-iya keluar ke bandar Muar ni tak takut ke dengan wabak ni. Aku sendiri pun takut nak ke tempat kerja.

Sikap segelintir masyarakat yang tidak mendengar arahan PKP ini juga dilihat telah menyusahkan pihak berkuasa membuat kawalan. Pasukan polis dan tentera terpaksa bekerja seharian di bawah terik matahari bagi memastikan orang ramai tidak keluar daripada rumah.

“Tapi, kesungguhan mereka ni dibalas pula dengan sifat sampah orang yang pentingkan diri sendiri.”

Walaupun semalam kes baru Covid-19 turun jadi 2 angka, tak mustahil ia akan naik semula. Kawan-kawan, kita belum bebas dari wabak Covid-19. Perjalanan masih jauh. Kalau masih lagi bersikap sambil lewa dan bangga dengan sikap pentingkan diri sendiri, kita sebenarnya tengah menganiaya orang lain terutama pasukan polis, tentera dan staf kesihatan.

Tak mustahil, perintah berkurung akan jadi lebih keras di Muar. Yang kita tak nak, kes kematian Covid-19 di Muar makin bertambah. KKM sudah berusaha sebaik mungkin. Kalian yang duduk di rumah ialah wira sebenar.

Rantaian Covid-19 hanya boleh diputuskan dengan tindakan kita sendiri. Tolong kongsikan pesanan ini pada ahli keluarga dan sahabat agar mereka terus beringat dan berhati-hati. Sama-sama saya harap kita jangan ambil mudah.

Diharapkan rakyat Malaysia terus kekal berada di rumah sepanjang tempoh PKP ini. Jika rakyat masih ingkar dengan arahan PKP, tidak mustahil tempoh PKP akan dilanjutkan lebih lama daripada yang sepatutnya.

Advertisement

Artikel berkaitan: Sekiranya Terus Ingkar Arahan, PKP Mungkin Dilanjutkan Sehingga Jun

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...