Pelakon jelita yang baru sahaja bergelar isteri, Uqasha Senrose tampil meluahkan rasa terkilan apabila ada yang mengecamnya berikutan rancangannya bersama suami, pelakon Kamal Adli untuk menunaikan umrah ke tanah suci nanti.
Ujar Uqasha, dia dan suami ingin ke Mekah adalah untuk menunaikan ibadah dan bukannya berseronok atau ‘melancong’ seperti yang didakwa sesetengah netizen.
“Orang nak beribadah, bukan ke sana nak ‘main’. Cantik sungguh bahasa masya-Allah.” tulisnya dalam Instagram Story baru-baru ini.
Tambah pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu lagi, jika dia dan suami ingin berseronok dan bersuka ria seperti yang didakwa mereka itu, pastinya ada lokasi lain yang lebih bersesuaian untuk dijadikan lokasi berbulan madu.
Jelas Uqasha, pemergian mereka berdua ke Tanah Suci juga telah diatur oleh sebuah agensi umrah bersama-sama ahli keluarga yang lain.
Saya ke sana bukan dengan suami saja. Adik-beradik seperti Nelydia Senrose juga ikut. Sepatutunya doa yang baik-baik atau mengirimkan doa, Allahuakbar.
Terdahulu, Uqasha ada memberi respon terhadap sebuah akaun parodi di Twitter yang tampil membuat pesanan ‘mesra’ untuk dia dan Kamal agar sentiasa berhati-hati sepanjang menunaikan umrah bagi mengelakkan daripada dikenakan bayaran dam.
Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada awal November lalu di Janda Baik, Pahang dan hanya mengumumkan berita gembira itu secara rasmi, sebulan kemudian.