Sedia maklum, beberapa hari yang lalu kecoh satu video viral di Twitter dan TikTok memaparkan seorang individu lelaki tampil berani menyatakan harapan serta impian untuk golongan LGBT.
Difahamkan dari video terbabit, dia memaklumkan golongan ‘sejenis’ seringkali di pandang serong oleh masyarakat, oleh kerana itu berharap agar Malaysia mengiktirafkan golongan tersebut diterima serta yakin ia boleh membuat negara lebih aman.
Susulan video tersebut sudah menular di banyak platform, pelakon Naim Daniel tidak mendiam diri menegur bahawa hal tersebut sememangnya tidak boleh dilakukan dan salah disisi agama.
Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan.
Bukan Adam dan Haikal. https://t.co/01mwW8GLSL
— Naim Daniel (@naimdanielx) December 8, 2022
Tweet teguran tersebut mendapat perhatian ramai dan ada beberapa golongan yang menyokong LGBT ini tampil bersuara, hingga menuduh pelakon tersebut dengan pelbagai perkara.
Lagi membuatkan golongan berkenaan ‘terasa’ apabila Naim mengambil tindakan membalas dengan berkata ‘go have some lovely intercouse with your mom’.
Menurut individu yang berasa berang dengan kata-kata selebriti terbabit, tidak perlu untuk Naim menyamakan hal golongan LGBT juga layak bercinta dengan melakukan hubungan intim dengan ibu sendiri.
Malah, individu itu turut sempat memerli pelakon tersebut yang baru saja tweet Islamik tetapi berkata sedemikian.
Sekadar info, video lelaki yang meminta golongan LGBT itu telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya mengkritiknya serta merasakan dia mengimpikan sesuatu yang mustahil akan berlaku di Malaysia.