Seperti yang kita lihat di media sosial sekarang ini, semakin lama golongan LGBT dilihat semakin lantang dalam berkata-kata jika ia membabitkan hal mereka.
Apatah lagi, drama dan filem antarabangsa kini semakin mendedahkan babak atau ideologi golongan sebegitu membuatkan mereka rasa yakin untuk tampil bersuara.
Terbaru, satu rakaman tular di Twitter dan TikTok mempamerkan seorang lelaki tampil berani menyuarakan tentang nasib golongan ini selain itu menyatakan harapan dan impiannya untuk kelompok berkenaan.
Berdasarkan video itu, lelaki tersebut membuat dakwaan bahawa golongan LGBT dilayan dengan kasar dan mendapat jolokan ‘confirm ahli neraka’ daripada saudara sesama Islam.
Tambahnya lagi, dia berharap agar Malaysia mengiktiraf golongan itu supaya mereka diterima oleh masyarakat dan yakin bahawa negara kita akan menjadi lebih aman.
Kami berharap Malaysia boleh menjadi negara yang boleh menerima golongan LGBT. Kita semua manusia, kita semua sama, cuma berbeza naluri.”
Harapan dan impian LGBT. pic.twitter.com/7VEyWmqmCg
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) December 5, 2022
Rakaman itu mengundang pelbagai respon daripada netizen di media sosial di mana ramai yang bertanya hak apa lagi yang golongan ini mahukan.
Malah, ada yang berkata bahawa mereka menerima seseorang itu sebagai individu namun tindakan LGBT sama sekali tidak disokong dan ditolak habis-habisan.
Bukan itu sahaja, rata-ratanya mengkritik kerana golongan ini menidakkan hukum agama selain mengimpikan satu perkara yang mustahil. Seorang netizen berkata,
Dorang bukan tertindas pun. Boleh je kerja, beli rumah, sambung belajar. Overnya.”
Anonymous
December 10, 2022 at 10:59 am
Dalam dunia nie ada 2 golongan sahaja, perempuan dan lelaki, dan tidak ada “golongan kami”. Naluri boleh dibetulkan dengan iman. Jangan salahkan layanan muslim, salahkan iman kamu sendiri.
siti
December 9, 2022 at 9:50 am
Ikut jelah fitrah manusia yang Allah dah tentukan, wanita untuk lelaki bukan wanita dengan wanita atau lelaki dengan lelaki,.
cLn
December 8, 2022 at 9:53 am
Dia ni Islam ke x? xtau kisah kaum Nabi Luth ke? Allah pun laknat laa..ni ko nak manusia yg seagama ko pulak terima perangai ko yg bertentangan dgn perintah agama tu..nk semua kena laknat ke??
Anonymous
December 8, 2022 at 9:12 am
Kalau tuhan turunkan bala, bukan ko sorng je kene, semua org akan kena. tak cerdik betul statement ko.
Axenz Axtiz
December 7, 2022 at 4:28 pm
Kalau Malaysia approved LGBT, esuk lusa mesti ada penyakit baru yang merbahaya, lebih teruk lagi dari HIV.