“Pergi Lantaklah!” – Sering Dituduh Tak Reti Jaga Anak, Kak KM Rupanya ‘Block’ IG Normah Damanhuri

Hiburan

“Pergi Lantaklah!” – Sering Dituduh Tak Reti Jaga Anak, Kak KM Rupanya ‘Block’ IG Normah Damanhuri

Nama yang sudah tidak janggal lagi untuk didengari iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang juga merupakan usahawan jamu penuh dengan kontroversi ‘panas’.

Advertisement

Akibat sering dikelilingi dengan isu-isu hangat, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri juga terpalit sama, dimana netizen menuduh beliau tidak tahu untuk menjaga anak.

Menjawab tuduhan orang ramai berkenaan ibunya, Kak KM berkata pelakon terbabit sudah banyak kali menegur dia kerana memuat naik video yang boleh mencetuskan kontroversi, namun diabaikan kerana fikir ia merupakan caranya membuat marketing.

Awal-awal dulu saya block Instagram mak saya supaya dia tak tengok video saya tapi baru-baru ni, saya buka balik.

Menurut usahawan itu lagi, Normah sering memantau apa yang dimuat naik oleh dirinya di media sosial dan jika ia melampaui batas, beliau akan menelefon Kak KM untuk segera dipadam.

Sedar akan kecaman orang ramai, Kak KM turut berkata kepada pihak mStar bahawa dia tidak kisah dengan kata-kata netizen dan meminta mereka untuk tidak sibuk hal keluarga orang lain.

Sebelum ini, Kak KM sering kali menaikkan amarah orang ramai dengan posting yang dilakukan olehnya, dimana netizen anggap keterlaluan serta tidak senonoh untuk dipandang umum.

kak km biarkan anak hisap rokok
9 bulan lalu

"Supaya Dia Ada Pengalaman.." - Biarkan Anak Hisap Rokok Daun, Kak KM Tak Kisah Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...