Pergaduhan Awie & Rozana Makin Meruncing, Anak-Anak Jadi Mangsa

Hiburan

Pergaduhan Awie & Rozana Makin Meruncing, Anak-Anak Jadi Mangsa

Kesian sungguh Abang Nara terhadap nasib yang menimpa anak-anak Awie dan Rozana Misbun. Walaupun mahkamah sudah memutuskan Rozana mendapat hak penjagaan anak-anak, namun Awie masih tidak memberikan anak-anak kepada isterinya itu sehingga Rozana terpaksa mengambil mereka di sekolah. Namun tindakan Rozana itu telah menimbulkan kemarahan Awie dan penyanyi rock itu memaklumkan kepada media yang anak-anak telah ‘dirompak’ oleh Rozana. Fuh!!!
awie rozana

Ini ialah dakwaan Awie tentang kejadian ‘rompakan’ 2 orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha oleh Rozana Misbun bersama beberapa orang bersenjata api pada 9 Februari lalu. Kata Awie:-

Advertisement

Hingga saat ini anak lelaki saya, Merah masih berada dalam jagaan saya namun tidak mustahil untuk dia (Rozana) melakukan perkara yang sama juga.

Buat masa ini saya sedang cuba mendapatkan ‘home school’ untuk Merah kerana bimbang akan keselamatannya pula. Saya juga masih tidak dapat menghubungi anak-anak saya yang telah ‘dirompak’ oleh Rozana.

Saya bimbang dia (Rozana) akan menghasut anak-anak untuk membenci saya. Tahap kesabaran saya kali ini diuji pada tahap maksimum namun saya tahu saya hanya perlu bersabar menunggu bulan April untuk penghujahan serta keputusan akan dijatuhkan pada bulan Mei.

Saya juga telah melaporkan kepada pihak polis, mahkamah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana dia (Rozana) menghalang anak-anak dari pergi ke sekolah. Hantarlah anak-anak ke sekolah dan jangan rugikan masa depan mereka

awie rozan Namun Rozana memaklumkan yang segala tindakannya itu dilakukan kerana Awie tidak mahu memberi kerjasama memberikan anak-anak mereka yang sepatutnya diletakkan di bawah jagaannya. Malah Rozana juga mengulas tentang dakwaan Awie yang dirinya tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Kata Rozana:-

Ia langsung tidak relevan. Anak-anak adalah darah daging saya. Saya ibu kandung mereka. Cuba fikir, macam mana saya mahu memaklumkan kepada dia terlebih dulu. Ini kerana setiap kali saya beritahu mahu mengambil anak-anak, mereka akan sepantas kilat dibawa lari. Tidak perlu dia (Awie) canang di media mengenai keraguan terhadap polis berpakaian preman. Rujuk saja ke Balai Polis Melawati untuk mendapatkan butiran anggota terbabit.

Memang mereka akan ditukarkan ke sekolah lain. Tetapi urusan pertukaran tergendala disebabkan surat beranak mereka tidak lagi sah diguna pakai selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan mendapati sijil nikah kami palsu.

Apabila sijil nikah palsu digunakan, secara automatik surat beranak atau sijil kelahiran anak-anak tidak lagi sah daripada segi undang-undang. Bagi saya, tidak perlu beriya-iya hantar anak ke sekolah swasta.

Sekolah bukan penentu utama kejayaan anak-anak. Asuhan ibu bapa lebih penting.

awie Pada pendapat Abang Nara, pergaduhan Awie dan Rozana Misbun ini hanya merugikan anak-anak mereka sahaja. Anak-anak pasti tertekan dengan apa yang terjadi. Silap-silap emosi boleh terganggu. Sekejap dengan mak, sekejap dengan ayah. Dengan mak dengar fakta lain, dengan ayah fakta lain. Boleh pening kepala jadi. Pergaduhan sebegini tak ada siapa yang untung. Yang rugi adalah anak-anak. Apa kata salah satu pihak beralah, ataupun ikut sahaja ketetapan pihak mahkamah. Kan senang begitu? Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen sekiranya anda ada pengalaman sebegini. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...