January 27th, 2015

Kalau sebelum ini Awie telah diberi hak penjagaan sementara untuk anak-anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun, kali ini giliran isterinya pula diberikan hak tersebut. Sebelum ini Rozana telah berjaya mendapat hak untuk  Keputusan tersebut telah diputuskan oleh Hakim Syarie, Ibrahim Deris Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada hari ini. Keputusan ini pastinya satu kemenangan besar buat Rozana Misbun yang telah dihalang oleh Awie daripada bertemu anak-anaknya.
awie dan rozanaLebih malang, Awie hanya diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana. Awie  dilarang daripada mengambil atau mengacau anak-anak berkenaan di kediaman anak-anak tersebut tinggal atau di sekolah atau di mana-mana tempat melainkan sebagaimana yang dibenarkan oleh mahkamah.

awie dan rozana

Anak-anak Awie dan Rozana Misbun iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, diserahkan kepada Rozana sebagai ibu sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan oleh mahkamah. Semoga segalanya berjalan lancar dan semua pihak terbabit mengikut arahan mahkamah. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...