‘Perform’ Di Vietnam, Wani Kayrie Sedih Masih Ramai Di Malaysia Tak Nampak Bakatnya – “Saya Selalu Jadi Pilihan Terakhir”

Hiburan

‘Perform’ Di Vietnam, Wani Kayrie Sedih Masih Ramai Di Malaysia Tak Nampak Bakatnya – “Saya Selalu Jadi Pilihan Terakhir”

Penyanyi, Wani Kayrie menerima banyak pujian kerana mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas membuat persembahan di majlis Anugerah Televisyen Asian Ke-28, di Ho Chi Minh, Vietnam.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 24 tahun itu dikatakan menerima reaksi yang berbeza di negara tempat kelahirannya di mana Wani seperti dianaktiri.

Advertisement

the gadys
9 months ago

"Anggap Kami Penghibur Bukan Penyanyi.." - The Gadys Akui 'Koyak' Baca Komen, 'Key' Lagu Punca Persembahan Dikritik

 

Masih ramai tak nampak bakat

Wani atau Syazwani Abdullah bagaimanapun berkata reaksi sebegitu hanya diterima daripada sesetengah orang yang belum nampak bakat serta kemampuannya.

Soal ‘dianaktirikan’ dalam negara, tak rasa sebegitu. Mungkin ada segelintir kategori kumpulan yang melihat saya penyanyi biasa tak sama hebat dengan artis lain dalam Malaysia.

Akui Wani lagi, dia berasa sedih kerana sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk dia lakukan agar orang golongan ini boleh nampak bakat yang dimilikinya.

Sedikit sebanyak agak sedih juga. Macam mana nak buat agar orang nampak bakat saya, Sedangkan orang yang kenal saya tahu saya sudah bertanding dari sekolah rendah lagi. Malah pernah jadi juara program pertandingan realiti kanak-kanak, termasuk sertai banyak pertandingan di Astro, tapi orang masih tak nampak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

 

Selalu jadi ‘pilihan terakhir’

Wani turut mendedahkan dia pernah menjadi ‘mangsa’ pilihan terakhir bagi sebuah pertandingan realiti dan pada mulanya dia enggan sertai namun selepas pihak tersebut meminta tolong, dia terima tawaran itu.

Secara nyata, banyak orang meletakkan saya pilihan terakhir. Ada satu pertandingan ini, saya taknak masuk tapi orang ini minta tolong, jadi saya terima.

 

Saya cuba cari penari sendiri, sekali mereka cakap sudah dengan artis lain. Saya pun tanya bila dapat tahu sebab saya baru dapat tawaran. Mereka cakap lagi dah tahu dua minggu awal. Saya tanya orang lain pun sama. Jadi saya fikir saya adalah pilihan akhir, sebab dapat tahu pada saat akhir.

 

Kecil hati, rasa nak berhenti menyanyi

Tambah Wani, meskipun berkecil hati dia tetap meneruskan penglibatannya dan atas usahanya, dia berjaya sampai ke peringkat akhir dan mendapat tempat (pemenang).

Disebabkan dugaan yang diterimanya, Wani mendedahkan pernah terfikir mahu berhenti menjadi penyanyi namun kerana dia menerima sokongan daripada tulang belakang, Wani teruskan jua.

Nak cakap soal sedih, memang sedih. Tapi saya membawa semangat mak dan adik adik. Bagi saya, ini ‘passion’ yang saya buat dari umur 5 tahun. Ini juga rezeki paling besar yang mengubah hidup saya sekeluarga sampai sekarang.

wani kayrie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...